Jumlah penduduk | |
---|---|
20,000-30,000 | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia (Sabah) | |
Bahasa | |
Bahasa Ida'an, Bahasa Melayu | |
Agama | |
Islam (100%) | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Begak, Subpan, Orang Sungai |
Idahan (Ida'an, Idaan, Eraan, Sabahan, Saba'an dan Buludupi) adalah satu etnik pribumi yang terdapat di Sabah dan menetap di sekitar daerah Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan di persisiran timur Sabah, Malaysia. Populasi semasa dianggarkan sekitar 20,000-30,000 (2020 est), tetapi terdapat bukti mereka pernah menduduki kawasan lebih luas sepanjang persisiran timur Sabah berbanding masa kini. Kaum Idahan adalah kaum terawal memeluk Islam di Pulau Borneo, iaitu seawal tahun 1408 masihi.
Selama beberapa abad, mereka memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur kawasan tersebut, terutamanya Gua Madai. Selama beberapa abad ethnik Idahan telah memiliki mekanisma sosial berasaskan sedarah, bagi mengawal capaian bermusim ke kamar batu yang memiliki sarang burung layang-layang, dan bergilir hak menuai antara pelbagai ahli suku kaum. Sebagai ethnik minoriti, Idahan beroperasi sebagai kumpulan korporate berkait rapat berkait dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang. Sistem pengagihan turut memastikan hubungan rapat di kalangan ethnik Idahan. Keuntungan tunggal tuaian yang diwarisi hanya dapat dikekalkan oleh mereka selagi mereka berkerjasama sebagai satu unit ekonomi dan masyarakat kerjasama.